
TANAH MERAH, 13 APRIL 2021 – Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Kemahang 3 telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan menentang Taman Barakah FC, pada Jumaat 9 April 2021 yang lalu bertempat di Padang Bola Sepak Felda Kemahang 3, dekat sini.
Perlawanan ini merupakan inisiatif dari kepimpinan tertinggi MBFM Felda Kemahang 3 dalam mempersiapkan pasukan bola sepak mereka untuk kejohanan-kejohanan bolasepak di daerah ini pada masa akan datang. Selain itu, perlawanan ini turut diadakan demi memenuhi permintaan para pemain untuk merasai perlawanan menentang pasukan luar dari Kemahang memandangkan tempoh PKP yang agak lama sebelum ini yang menghalang mereka untuk bermain bola sepak secara kompetitif.
Perlawanan ini berlangsung meriah tanpa kehadiran penonton dan berakhir dengan keputusan berkesudahan seri 1-1. Difahamkan, pasukan MBFM Kemahang 3 ini akan berkunjung ke laman Taman Barakah FC pula pada Jun 2021 nanti.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.
- JBS Kelantan
- Hits: 589




