TUMPAT, 22 JULAI 2020 – Satu Lawatan Kerja Ke Tapak Cadangan Projek Infra Sukan, Litar Motorcross dan Gelanggang Petanque di Pantai Geting,Tumpat telah berlangsung pada 16 Julai 2020 oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan,YB Ustaz Haji Wan Roslan b. Wan Hamat. Lawatan kerja ini dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan,Puan Laila Nazura bt Nawi bersama-sama Wakil-Wakil Agensi Kerajaan yang terlibat. Turut hadir Encik Mohd Azmi bin Mohd Yusoff, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat dan kakitangan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 721
