- JBS Kelantan
- Hits: 437
PENYELARASAN PROGRAM JELAJAH SOKONGAN KONTINJEN ROAD TO TOKYO PERINGKAT NEGERI KELANTAN

KELANTAN, 11 MEI 2021 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan satu sesi taklimat dan perbincangan berkaitan pelaksanaan Program Jelajah Sokongan Kontinjen Road to Tokyo 2020 pada 9 Mei 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, JBSN Kelantan.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Penolong Pengarah Sukan, JBSN Kelantan. Program ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan masyarakat dan membangkitkan atlet yang akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo, Jepun nanti. Disamping itu juga ianya juga sebagai tanda sokongan dari seluruh rakyat untuk sama-sama mendoakan wira dan wirawati negara meraih kejayaan yang cemerlang. Program ini dijangka akan dilaksanakan pada 23 Mei 2021 sekiranya situasi pandemik Covid-19 terkawal dan semakin reda.
Turut hadir sama adalah Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah JBSN Kelantan, pegawai di Bahagian Pembangunan Sukan dan pegawai di Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 437


