KELANTAN, 26 APRIL 2021 – Seramai 30 orang sukarelawan telah terlibat dalam persiapan memasang serta menyusun katil di Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Panji mengikut penjarakan sebagaimana ditetapkan SOP. Sebanyak 200 katil dan bantal disediakan kepada pesakit Covid-19 yang bakal menghuni dalam Dewan Wawasan nanti. Pembukaan pusat kuarantin baharu ini dibuat bagi menampung jumlah pesakit Covid-19 yang semakin meningkat di Kelantan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 26 APRIL 2021 – Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke tapak PKRC di Dewan Wawasan KOMBES Kelantan. Turut hadir sama adalah Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi meninjau dan memeriksa tahap persiapan pusat PKRC yang akan dibuka di Kompleks in sebagai salah satu lokasi bagi menempatkan pesakit Covid-19 di Negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 26 APRIL 2021 – Pertubuhan Amal Tzu-Chi dan 11 NGO Cina telah memberi sumbangan sebanyak 200 tilam dan bantal selain katil siap pasang untuk digunakan di PKRC Dewan Wawasan KOMBES, Panji manakala seorang peniaga telah menyumbangkan sebanyak 45 buah katil double decker yang boleh menyediakan 90 tempat tidur kepada penghuni PKRC Dewan Wawasan Panji untuk menempatkan pesakit Covid-19.
Selain itu, sebanyak 11 buah lagi NGO yang terlibat sama di dalam memberi sumbangan adalah Hokkien Hoay Kuan Kelantan, Persatuan Lam Ann Kelantan, Persatuan Shing Ann Kelantan, Persatuan Eng Choon Kelantan, Persatuan Chin Kang Kelantan, Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, YMM Negeri Kelantan, Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Kelantan State Amulet Club, Buddhist Missionary Society Malaysia Kelantan Branch dan Kelantan Chat Group (fb).
Semoga usaha murni semua pihak yang terlibat dalam membantu persiapan PKRC ini mampu meningkat dan menjalinkan ukhwah yang lebih erat di semua peringkat.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
PASIR PUTEH, 26 APRIL 2021 - Taklimat Penyelarasan Imunisasi Covid-19 bagi jajahan Pasir Puteh telah diadakan pada 21 April 2021 jam 10.00 pagi bertempat di bilik mesyuarat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tok Bali. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Pasir Puteh.
Sesi perbincangan melibatkan kawasan tempat letak kenderaan, peralatan dan kemudahan yang perlu disediakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Encik Mohd Jurik bin Ismail hadir ke taklimat tersebut bagi mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Disediakan oleh : Urusetia PortalPejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
PASIR PUTEH, 26 APRIL 2021 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tok Bali telah terpilih sebagai lokasi yang pertama Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di daerah Pasir Puteh pada 22 April 2021 yang lalu.
Seramai 12 orang sukarelawan MyVac telah ditugaskan untuk membantu petugas-petugas kesihatan. Penerima vaksin fasa kedua terdiri daripada golongan warga emas. Fungsi dan tugas sukarelawan MyVac antaranya membantu urusan pendaftaran penerima vaksin, membantu pemeriksaan awal kesihatan, membantu membuat pengesahan sebelum penerima menerima suntikan, membantu merekod data setelah menerima suntikan dan membantu petugas kesihatan merekod tarikh temujanji bagi suntikan kedua. Rata-rata sukarelawan MyVac ini menyatakan teruja dapat menyumbang bakti kepada Negara.
Tahniah diucapkan kepada semua sukarelawan MyVac daerah Pasir Puteh.
Disediakan oleh : Urusetia PortalPejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
PASIR PUTEH, 25 APRIL 2021 - Seramai 13 orang sukarelawan MyVac Daerah Pasir Puteh telah menghadiri program simulasi sukarelawan MyVac pada 20 April 2021 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim, Tok Bali. Taklimat telah disampaikan oleh Dr Nur Saliziana binti Ismail.
Sukarelawan MyVac akan mula bertugas pada 22 April 2021. Selamat bertugas diucapkan kepada semua sukarelawan.
Disediakan oleh : Urusetia PortalPejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
GUA MUSANG, 25 APRIL 2021 - Sukarelawan dari Majlis Belia Jajahan Gua Musang telah mula hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang untuk menerima surat tawaran penugasan MyVac bagi Daerah Gua Musang.
Segala borang telah lengkap ditandatangan oleh sukarelawan dan surat tawaran pelantikan telah diserahkan kepada mereka oleh En Bharu Bin Bakar@Abu Bakar Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang.
Dengan pelantikan ini, pihak Pejabat Belia Dan Sukan berharap semua sukarelawan dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi agar dapat menjaga nama baik Majlis Belia Jajahan Gua Musang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang.
Disediakan oleh : Urusetia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
GUA MUSANG, 25 APRIL 2021 – Telah berlangsung satu sesi taklimat dan proses penyerahan surat tawaran berhubung program perlaksanaan tugasan Malaysia Vaccine Support Volunteer ( MyVAC) Peringkat Daerah Gua Musang.
Taklimat tersebut disampaikan oleh En Bharu Bin Bakar@Abu Bakar Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang.
MyVAC bertujuan untuk mengumpulkan tenaga sukarelawan (perkhidmatan bukan kesihatan) membantu petugas barisan hadapan dalam melancarkan proses pemberian vaksin di PPV seluruh negeri dan daerah. Golongan sukarelawan MyVAC ini terdiri daripada mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Disediakan oleh : Urusetia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
GUA MUSANG, 25 APRIL 2021 – Telah berlangsung satu lawatan tapak dari Cawangan Ekonomi JBSN ke kawasan FELDA di Gua Musang Kelantan bagi pemantauan Program Inisiatif Ekonomi Tambahan Belia (IETB). Program ini adalah kerjasama di antara Kementerian Belia Dan Sukan dan MBFM Kebangsaan.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memastikan program inisiatif ekonomi ini dapat dijalankan dengan sempurna dan memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Cawangan Ekonomi JBSN.
Taklimat dan lawatan tersebut dihadiri oleh Encik Khairul Bashar bin Mat Jadi merupakan Pegawai Cawangan Ekonomi, Kementerian Belia dan Sukan.
Program ini menyasarkan belia serta pertubuhan belia yang tergolong dalam golongan B40 untuk menjalankan aktiviti pertanian menggunakan kawasan tanah yang ada di kawasan FELDA. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada peserta tentang konsep pertanian dan agromakanan. Kawasan FELDA yang terlibat adalah termasuk kawasan FELDA Chiku 1, 2, 3 & 5 dan Aring 1.
Disediakan oleh : Urusetia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang