
JELI, 12 APRIL 2021 – Lanaz Football Club (Kelab Bola Sepak Lanaz) yang baru diluluskan telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali -1 pada 8 April 2021, jam 2.00 petang bertempat di Dewan Tandoori, Ayer Lanas Jeli. Perasmian telah disempurnakan oleh Dato’ Abdullah Ya’kub, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Seramai 30 orang ahli kelab telah hadir pada mesyuarat agung yang julung kali diadakan setelah mendapat sijil pendaftaran daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Menurut Lokman Junoh, Pengerusi Lanaz FC, kelabnya akan menyusun organisasinya dengan mantap dan akan mengadakan pelbagai kejohanan diperingkat kelab sebagai langkah permulaan. Turut hadir pada majlis ini Nur Fadhlira Dungun, Penolong Pegawai Belia dan Sukan mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Disediakan Oleh – Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 471




