- JBS Kelantan
- Hits: 812
LAWATAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI OLEH PENSYARAH KOLEJ UNITI KOTA BHARU KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN

KELANTAN, 24 MAC 2021 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menerima lawatan daripada pegawai Kolej Uniti Kota Bharu iaitu Puan Nurazlinda binti Mohd Razali Ketua Program Psikologi pada 16 Mac 2021.
Kehadiran pegawai ini adalah untuk melawat dan memantau pelajar Latihan Industri dari Kolej Uniti Kota Bharu iaitu Azreena binti Roslan, di mana pelajar beliau perlu melengkapkan Program Latihan Industri di Jabatan ini bermula pada1 Februari 2021 sehingga 6 Mei 2021. Beliau telah bertemu dan beramah-mesra dengan Encik Hazri Nizam bin Zakaria iaitu Penolong Pengarah Sukan, JBS Negeri Kelantan dan Encik Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah iaitu Pegawai Gaya Hidup merangkap penyelia pelajar tersebut.
Pertemuan ini juga turut membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti dan pengalaman yang telah diperolehi oleh pelajar tersebut sepanjang menjalani Latihan Industri di Jabatan ini. Diharapkan kerjasama yang terjalin ini akan berkekalan di masa akan datang.
Disediakan oleh : Siti Nurnajwa binti Che Kar, Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 812



