GUA MUSANG, 25 MEI 2021 – Telah berlangsung satu sesi pemberian vaksinasi kepada petugas sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteer (MyVAC) Peringkat Daerah Gua Musang.
Proses vaksinasi ini dilaksanakan di Dewan Kesuma Majlis Daerah Gua Musang. Ini adakah dos yang pertama untuk para petugas sukarelawan Myvac sebagai persiapan diri sebelum bertugas di Pusat Pemberian Vaksin di seluruh Jajahan Gua Musang.
Disediakan oleh : Urusetia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
GUA MUSANG, 25 MEI 2021 – Alhamdulilah. Majlis Belia Jajahan Gua Musang telah mengadakan satu inisiatif untuk menghargai barisan hadapan (Frontliners) dengan memberi sumbangan kuih raya sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada petugas Bilik Gerakan Covid-19, Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang.
En Azmawi Fikri selaku Yang Di-pertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang mengucapkan terima kasih kepada para petugas yang bertungkus lumus menguruskan pesakit Covid-19. Sesungguhnya tak terbalas jasa mereka yang sentiasa bertungkus lumus dan berusaha keras dalam mengurus dan memastikan daerah Gua Musang selamat dan bebas dari penularan kes Covid-19 ini.
Disediakan oleh : Urusetia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
KELANTAN, 20 MEI 2021- Telah berlangsung Lawatan Kerja Yang Berhormat Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
YB Timbalan Menteri hadir bagi memantau perkembangan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 yang berada di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Beliau juga turut menyampaikan ucapan dan memberi kata-kata semangat kepada para petugas dan pesakit Covid-19 yang berada di pusat rawatan tersebut.
Turut hadir bersama Dr Mohd Azman bin Yacob, Timbalan Pengarah Perubatan 1 dari Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 18 MEI 2021 – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Rakan Muda Ramadhan (Tadarus Al-Quran) yang berlansung secara atas talian bermula 23 April sehingga 09 Mei 2021 yang lalu.Peserta telah dibimbing oleh Yang Mulia Ustaz Yuzakky bin Mat Yusoff @ Ab. Aziz yang merupakan salah seorang Tenaga Pengajar Al-Quran di Baitul Az Zahra (BQAZ).
Program ini merupakan penghayatan sempena menyambut bulan Ramadhan bagi membangunkan social remaja serta memberi pendedahan kelebihan dan kebaikan bulan Ramadhan kepada semua belia.Program Tadarus Al-Quran ini juga dapat menimbulkan kesedaran agar tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan memantapkan kemahiran membaca al-quran dalam setiap jiwa warga belia.
Khatam al-quran turut diadakan bagi merealisasikan program tadarus ini pada 09 Mei 2021 yang lalu .Turut hadir sama Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK),Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah (Rakan Muda) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK), Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Gaya Hidup, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) dan semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Disediakan oleh : Siti Nurnajwa binti Che Kar, Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Kelantan
KELANTAN, 18 MEI 2021 – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Rakan Muda Ramadhan (Hafazan Surah Lazim) yang berlansung secara atas talian pada 3 Mei 2021 yang lalu. Peserta telah dibimbing oleh Yang Mulia Ustaz Tuan Anuwa bin Tuan Mat yang merupakan seorang pendakwah yang mempunyai kelulusan Ijazah Al-Quran dan Hadis dari Universiti Islam Indonesia.
Program ini bertujuan supaya anak-anak muda nelazimi amalan sunnah, khususnya dalam bulan Ramadan dan turut berperanan sebagai salah satu platform untuk anak-anak muda beragama Islam menyerlahkan bakat di samping meningkatkan amalan dan menghayati kelebihan Ramadan.
Turut hadir sama Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK), Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah (Rakan Muda) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK), Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Gaya Hidup , Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) dan semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Disediakan oleh : Siti Nurnajwa binti Che Kar, Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Kelantan
KELANTAN, 18 MEI 2021 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Rakan Muda Ramadhan (Klinik Al-Fatihah) yang berlansung secara atas talian bermula 27 April sehingga 30 April 2021 lalu.
Program ini adalah sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian ketika tempoh PKP dilaksanakan. Program ini bermula setiap pagi pada pukul 9.00 sehingga 10.00 pagi.
Peserta telah dibimbing oleh Yang Mulia Ustaz Tuan Anuwa bin Tuan Mat yang merupakan seorang pendakwah yang mempunyai kelulusan Ijazah Al-Quran dan Hadis dari Universiti Islam Indonesia dan Sarjana Psikologi dan Kaunseling.
Disediakan oleh: Siti Nurnajwa binti Che Kar, Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Kelantan
JELI, 18 MEI 2021 – Kami Warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada Warga Jabatan Belia dan Sukan Kelantan, Persatuan Belia dan Persatuan Sukan serta semua agensi yang terlibat memberi sumbangan tenaga dalam usaha membangunkan Program Belia dan Sukan. Semoga kerjasama yang diberikan dapat diteruskan dimasa akan datang. Semoga Aidilfitri pada tahun imi memberi kemanisan buat kita semua walaupun berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semoga negara kita yang tercinta sentiasa berada dalam keadaan aman makmur dan sejahtera.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami Siti Azura Abdullah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, Nur Fadhlira Dungun Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Mohd Nazri Md Nawawi Pembantu Belia dan Sukan, Ahmad Ridhwan Zazani Pembantu Belia dan Sukan, Nazaruddin Mohd Zain Pembantu Tadbir.
# KITA JAGA KITA #
Disediakan Oleh – Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
BACHOK, 11 MEI 2021 – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tuanku Canselor UMK Bachok yang merupakan pusat pemberian vaksin pertama di dalam daerah Bachok telah mula beroperasi pada 6 Mei yang lalu. Seramai hampir 366 orang penerima yang merupakan warga emas telah hadir ke PPV pada hari tersebut yang mula beroperasi seawal jam 8.00 pagi.
Para peserta Sukarewalan MyVac Daerah Bachok juga telah memulakan tugas pada hari tersebut. PPV Dewan Tuanku Canselor UMK Bachok merupakan PPV Type 4 dan melibatkan seramai 15 orang peserta sukarewalan MyVac. Di antara tugas-tugas para sukarelawan ialah menyelaras pendaftaran bagi penerima vaksin dikaunter 1, memverifikasi data pre-vaksinasi dan post-vaksinasi di kaunter 5 dan 7.
Turut hadir pada hari tersebut memantau proses gerak kerja para sukarelawan ialah Encik Mohd Hafizi Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
JELI, 11 MEI 2021 – Pegawai dan Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah menerima dos pertama Vaksin Covid 19 pada 10 Mei 2021 bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Majlis Daerah Jeli.
Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Majlis Daerah Jeli telah mula beroperasi pada 6 Mei 2021 bagi Fasa 2 yang melibatkan pemberian vaksin kepada warga emas dan golongan berisiko. Jumlah keseluruhan penerima vaksin pada hari tersebut adalah seramai 200 orang. Semoga usaha dan ikhtiar kita dijauhi daripada Covid 19 oleh Allah SWT.
# Kita Jaga Kita #
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli