
KELANTAN, 5 MEI 2021 – YB Dato’ Dr Hj. Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Anjung Tinjau, Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Lawatan ini diadakan bagi membolehkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninjau dan melihat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan oleh pihak PKRC kepada pesakit Covid-19 yang dikuarantin dan dirawat di situ.
Turut mengiringi rombongan tersebut adalah Puan Laila Nazura binti Nawi Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Seramai 200 orang pesakit telah ditempatkan di pusat tersebut sejak ia dibuka pada awal Mei yang lalu.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 784




