
MACHANG, 16 FEBRUARI 2021 – Program Pengurusan Berat Badan “Jom Kurus dan Sihat” Peringkat Daerah Machang masih diteruskan oleh Persatuan Kecergasan Daerah Machang di bawah Peruntukan Inisiantif Prihatin Sukan (IPS20B) yang berlangsung selama 1 bulan (bermula Disember 2020). Dimana semua tahu, sekarang negara sedang dilanda Covid – 19 tetapi program ini masih diteruskan juga walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 27 orang peserta yang mengikuti program ini di kehendaki melakukan aktiviti-aktiviti senaman untuk pembakaran kalori di rumah masing-masing. Antara aktiviti yang dicadang serta menjadi pilihan para peserta ialah jogging, aerobik dan berbasikal yang dilakukan di sekitar kawasan kampung atau perumahan. Peserta juga di kehendaki berkongsi gambar aktivit serta menu makanan bagi setiap hidangan iaitu sarapan, makan tengahari, makan malam dan kudapan. Peserta juga di berikan panduan untuk makan mengikut masa yg telah ditetapkan oleh jurulatih. Antara-antara menu yang di ambil juga mestilah menepati kalori yg ditetapkan bagi setiap peserta iaitu 1300 kalori setiap hari.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 612




