- JBS Kelantan
- Hits: 669
PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN “JOM KURUS DAN SIHAT” PERINGKAT DAERAH MACHANG

MACHANG, 4 JANUARI 2021 – Dengan menerima bantuan dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dibawah Peruntukan Inisiantif Prihatin Sukan (IPS20B) Persatuan Kecergasan Daerah Machang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang menganjurkan Program Pengurusan Berat Badan “Jom Kurus dan Sihat” Peringkat Daerah Machang bermula 26 Disember 2020 hingga 31 Januari 2021 bertempat Studio Aerobik Stor Lama JKR Machang dan Padang Bola Majlis Daerah Machang yang disertai seramai 25 Orang peserta diadakan 2 kali seminggu (Rabu dan Sabtu).
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang juga turut menyertai program ini. Pada hari pertama program berlangsung, peserta diberi taklimat berkaitan cara pemakanan yang betul dan pemeriksaan kesihatan, mengambil ukuran B.M.I semua peserta yang terlibat dengan program ini. Peserta juga perlu mengisi borang “AKU JANJI” untuk menyertai program tersebut.
Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang iaitu Puan Azma binti Yahya.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 669





