- JBS Kelantan
- Hits: 778
SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

KELANTAN, 22 NOVEMBER 2020 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan program gotong-royong pada 25 hingga 27 Oktober 2020 yang lalu di mana melibatkan semua pegawai dan kakitangan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Tujuan program gotong-royong ini diadakan adalah untuk membersih, menyusun dan mengemas aset-aset yang berada di kawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan di samping sebagai persediaan awal untuk pemeriksaan aset jabatan yang akan diadakan pada 4 hingga 5 November 2020. Turut serta di dalam aktiviti gotong-royong ini ialah Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 778




