- JBS Kelantan
- Hits: 815
TAHNIAH! BELIAWANIS TANAH MERAH TEMPAT KE-4 PERTANDINGAN VIDEO KREATIF PERINGKAT KEBANGSAAN

TANAH MERAH, 9 NOVEMBER 2020 – Rezeki “tidak pernah salah alamat”, penyertaan yang sekadar suka-suka akhirnya membuahkan hasil dengan mendapat tempat ke-4 sekaligus menewaskan para peserta dari negeri lain. Saudari Nadia Azwa binti Shaaini ketika dihubungi tidak menyangka akan mendapat tempat di dalam pertandingan tersebut. Pertandingan Video Kreatif Cabaran Bakeri dan Pastri Rakan Muda ini telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Belia Inspirasi Kampung Lepasan (Kabil) bermula pada 25 Ogos 2020 hingga 11 Oktober 2020 baru-baru ini. Pertandingan ini terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 15 tahun hingga 25 tahun. Program yang berbentuk pertandingan video kreatif ini menyasarkan penglibatan daripada seluruh negeri di Malaysia.
Saudari Nadia Azwa binti Shaaini (ID Instagram : @awzaaidan) telah menghasilkan Caramel Pudding. Caramel Pudding merupakan pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Para pemenang telah diumumkan melalui akaun Instagram rasmi @kbsmalaysia , @rakanmudaofficial dan @jbsnsabah . Pemenang hadiah utama menerima wang tunai bernilai RM700, manakala tempat kedua serta ketiga menerima wang tunai masing-masing RM500 dan RM300. Selain itu, seorang pemenang hadiah sagu hati menerima RM60. Setiap penyertaan juga akan menerima sijil e-digital.
Menang atau kalah merupakan lumrah adat bertanding. Namun lebih penting, ada sikap berani mencuba dalam diri supaya ada peningkatan untuk maju kedepan. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada saudari Nadia Azwa binti Shaaini dan saudara Eiman bin Rosli yang mewakili daerah Tanah Merah!
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 815




