
PASIR MAS, 17 NOVEMBER 2020 - Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Mas turut turun padang dalam Program Day Out Rakan Muda Peringkat Daerah Pasir Mas 2020 di Tanah Perkuburan Kg Kubang Bemban pada 7 November lalu.
Objektif ini adalah untuk merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan di kalangna belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu-membantu serta peka dengan keadaan sekeliling. Program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan padu dari pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Pasir Mas, MTD Kubang Bemban, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Mas serta beberapa NGO Belia dan Sukan daerah ini.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, En. Wan Abd Rahman bin Hj Wan Ismail turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Pasir Mas.
Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 620






