
TUMPAT, 17 NOVEMBER 2020 – Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Tumpat telah berjaya dilaksanakan pada 7 November 2020 lepas bertempat di Pantai Geting Tumpat. Program ini diadakan bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia tersebut diharapkan akan berjaya menjadikan peserta terlibat sebagai “duta social” yang mampu memberi tanggapan positif masyarakat tempatan terhadap golongan belia.
Seramai 40 orang belia setempat telah terlibat dalam program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Pantai Geting yang sememangnya sentiasa penuh dengan pengunjung terutama pada hujung minggu. Lebih 50 karung sampah berjaya dikumpulkan dan mengembalikan kebersihan kawasan pantai tersebut. Selain dari gotong-royong, sumbangan barangan keperluan harian turut diagihkan kepada golongan asnaf yang terpilih.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat Encik Mohd Azmi Bin Mohd Yusoff turut turun padang bersama-sama pada hari tersebut.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 548







