
GUA MUSANG, 21 OKTOBER 2020 – Kelab Sukan Rekreasi Natura dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang telah mengadakan Program XPDC Gunung Stong Sempena Hari Sukan Negara yang bertempat di Gunung Stong Jelawang Resort pada 16-17 Oktober 2020.
Ekspidisi yang melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri ahli Kelab Sukan Natura bertujuan untuk mempromosikan aktiviti rekreasi di samping merapatkan lagi sillaturrahim antara golongan belia dan juga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang. Di samping itu juga, terdapat juga beberapa aktiviti kerohanian dan khidmat masyarakat yang dapat diselitkan di dalam program ini. Ianya sekaligus dapat menerapkan nilai-nilai murni dan kemanusiaan yang ada dalam diri setiap golongan belia khususnya di Gua Musang.
En Mohd Azam Wahidi bin Suhaini selaku wakil dari Pejabat Belia Dan Sukan yang turut sama menyertai ekspidisi ini berkata aktiviti sukan rekreasi seperti ini haruslah kerap diadakan agar kita dapat memelihara dan menikmati keindahan alam disamping dapat memperkuatkan lagi stamina tubuh badan melalui aktiviti yang diadakan dan ianya secara tidak langsung dapat memberi pendedahan yang positif kepada golongan sasar ini agar bergiat aktif ke arah melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan berwibawa.
Disediakan oleh : Urusetia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
- JBS Kelantan
- Hits: 604



