- JBS Kelantan
- Hits: 732
KURSUS PENGURUSAN PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) BAGI MELAHIRKAN LEBIH RAMAI PEMIMPIN DAN BADAN OPERASI ARPRM BERKALIBER

KELANTAN, 12 OKTOBER 2020 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kelantan. Kursus ini telah diadakan sebanyak dua (2) siri iaitu siri satu (1) telah diadakan pada 28 September 2020 di Institut Kemajuan Pekebun Kecil Kelantan (IKPK) Bukit Sireh, Kuala Krai manakala siri kedua pada 29 September 2020 di Crown Garden Hotel Kota Bharu.
Secara keseluruhan penyertaan peserta adalah seramai 71 orang yang terdiri daripada Pegawai Belia dan Sukan Daerah, pegawai IKBN/IKTBN, guru-guru sekolah, pemimpin badan operasi dan sukarelawan anugerah. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan lebih ramai pemimpin dan badan operasi ARPRM yang berkaliber dan berpengetahuan tinggi tentang program ARPRM ini secara keseluruhan.
Program berbentuk kursus ini menggunakan empat modul berbeza yang berkaitan dengan ARPRM seperti sesi ceramah, sesi latihan dalam kumpulan, perkongsian praktis terbaik dan sesi pembentangan telah dikendalikan oleh seorang penceramah iaitu En. Kamaruzaman Bin Mohd Yusof.
Hadir merasmikan pada majlis penutupan kursus bagi siri pertama ialah Encik Aris bin Awang yang mewakili Pengarah JBSN Kelantan manakala siri kedua telah disempurnakan oleh Puan Laila Nazura Binti Nawi, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Mazlan Bin Mohd Ariffin, Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 732






