- JBS Kelantan
- Hits: 1233
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN

KELANTAN, 28 SEPTEMBER 2020 – Bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Kompleks Belia dan Sukan Negegri Kelantan daripada pihak Kontraktor Shukery kepada Kementerian Belia dan Sukan.
YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan yang mewakili pihak kementerian menerima sijil penyerahan daripada Ar. Shukry bin C Othman, sambil disaksikan oleh YB Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO Negeri Kelantan dan YBhg. Datuk Hatipah binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Menurut YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib "Usaha naik taraf bangunan dan kemudahan sukan di kompleks sukan ini penting memandangkan venue ini menjadi tumpuan masyarakat setempat terutama golongan belia,". Antara kemudahan yang dinaik taraf ialah dewan, kantin, asrama, surau, balapan, gelanggang futsal dan boling padang.
Sebelum itu, para jemputan telah dibawa ke tapak projek naik taraf KOMBES Kelantan bagi meninjau keadaan kemudahan-kemudahan sukan yang telah dinaiktaraf dan dibina baru.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 1233








