BACHOK, 15 JANUARI 2020 – Baru-baru ini Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan menerima berita sedih dimana salah seorang pegawai JBSN Kelantan, Encik Wan Mohd Erffan Wan Mohd Nasir (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai) telah kehilangan ibunda tercintanya yang kembali ke Rahmatullah.
Encik Mohd Hafizi Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok bersama Penolong Pegawai dan Pembantu Tadbir PBSD Bachok bersepakat untuk menziarah ke rumah Encik Wan Mohd Erffan Wan Nasir, semalam. Amalan ziarah ini banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan lagi ikatan persaudaraan sesama Islam. Agama Islam menyeru umatnya agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan ikatan silaturahim dan ukhud sesama insan, apatah lagi sesama Islam, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Hujurat ayat 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
PBSD mendoakan agar En.Erffan dan keluarga tabah menghadapi dugaan dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 487

