
PASIR PUTEH, 27 SEPTEMBER 2020 – Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Sri Purnama telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Daerah Pasir Puteh yang telah diadakan pada 19 September 2020 yang lalu di Gelanggang Sepak Takraw Taman Sri Purnama, Kampung Nara, Pasir Puteh, Kelantan.
Tujuan kejohanan ini diadakan mengumpul dan mengcungkil bakat anak-anak muda yang berumur 18 tahun ke bawah dalam mengekalkan permainan sepak takraw di peringkat setempat. Anak muda yang sertai permainan ini dapat mengenali badan ngo dengan lebih dekat.
Sebanyak 12 pasukan telah berentap dan kemenangan di perelohi oleh Johan dari pasukan CGG B manakala naib johan dimenangi oleh pasukan CGG A. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Saudara Muhammad Firdaus bin Mohamad Zamri, YDP Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 732





