
MACHANG, 20 SEPTEMBER 2020 – Pejabat Kemas Daerah Machang bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Machang dan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang serta kerjasama Agensi-agensi Kerajaan yang lain telah menganjurkan Program Komuniti Sejahtera – Kayuhan Merdeka Parlimen Machang 2020. Program Komuniti Sejahtera ini menekankan kepada membudayakan masyarakat dengan kehidupan sihat, selamat dan sejahtera dalam komuniti desa. Bersempena sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia acara kayuhan menjadi pilihan aktiviti gaya hidup sihat bagi pengisian Program Komuniti Sejahtera pada tahun ini.
Kayuhan sejauh 25 kilometer ini disertai seramai 363 penunggang basikal daripada pelbagai lapisan umur yang bermula di Perkarangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang. Acara dimulakan dengan taklimat keselamatan oleh pihak Ibupejabat Polis Daerah Machang dan bacaan doa seterusnya pelepasan peserta kayuhan. Kayuhan ini melalui Bandar Machang, Kg. Pangkal Meleret, Kg. Limau Hantu, Kg. Bucit, Kg. Pangkal Cuit, Jalan Batu 30, Kg. Bukit Baka dan Kg. Bukit Tiu. Sambutan meriah dan sokongan daripada penduduk setempat yang juga turut serta mengibarkan jalur gemilang dan sorakan laungan merdeka semasa peserta kayuhan melepasi kediamaan masing-masing.
Penamat kayuhan bertempat di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu. Majlis penutupan disikan dengan acara ucapan aluan oleh Encik Hashim Bin Alang Abdul Hamid, Pengarah KEMAS Negeri Kelantan, ucapan perasmian oleh YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, pelancaran Kelab Komuniti dan Gaya Hidup Sihat KEMAS Kelantan, cabutan bertuah dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 795







