BACHOK, 10 SEPTEMBER 2020 – Penggiat Aerobik Bachok telah mengadakan Program ‘Kuca Sugho’ bertempat di sebuah restoran milik salah seorang penggiat aerobik yang lebih mesra dikenali sebagai Kak Ani di Kampung Balai, Tawang, Bachok, Khamis lalu.
Menurut Kak Ani, aktiviti memasak bermula seawal jam 4.00 pagi bagi memastikan assyura dapat disiapkan sebelum menjelang senja memandangkan proses memasak assyura mengambil masa yang lama untuk masak sepenuhnya. “Program ini dilaksanakan hampir setiap tahun bagi menyambut tahun baru maal hijrah dan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara penggiat aerobic didalam daerah Bachok serta mempelbagaikan aktiviti selain aktiviti senamrobik dan Zumba”, ujar Kak Ani.
Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok turut dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 560


