- JBS Kelantan
- Hits: 418
KOMBES BANTU KAWAL KESELAMATAN DAN LALULINTAS SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN
KELANTAN, 6 SEPTEMBER 2020 -Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu pada 27 Ogos 2020. Pegawai dan kakitangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah dilantik sebagai jawatankuasa keselamatan dan lalulintas. Antara bidang tugas yang perlu dilakukan ialah menyelaras dengan pihak hotel susun atur kedudukan kawasan parking kenderaan awam, menentukan kedudukan parking bagi VVIP dan tetamu serta memastikan pihak hotel mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara ( MKN ).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan. Seterusnya acara majlis penyampaian hadiah dan anugerah kepada para pemenang.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 418


