TANAH MERAH, 18 OGOS 2020 – Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan bulan kemerdekaan pada tahun ini, pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah bekerjasama menghiasi perkarangan pejabat dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Kemeriahannya mungkin tidak seperti sebelum ini, tetapi semangatnya tetap sama.
Selari dengan keadaan negara yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19, “Malaysia Prihatin” dipilih menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini membawa maksud yang cukup mendalam bagi rakyat Malaysia yang berganding bahu memerangi pandemik Covid-19, tanpa mengira ideologi politik dan meliputi segenap lapisan masyarakat, sama ada pihak kerajaan, pihak pembangkang, penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 796
