GUA MUSANG, 20 JULAI 2020 – Relawan Majlis Belia Malaysia bersama Muslim Volunteer Malaysia(MVM) telah menganjurkan satu misi kemanusiaan bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat banjir di Gua Musang Kelantan. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang, Majlis Belia Jajahan Gua Musang dan MAYC Kawasan Gua Musang.
Misi ini melibatkan 104 orang yang terkesan akibat banjir kilat yang berlaku baru-baru ini di sekitar kawasan Gua Musang. Pasukan misi kemanusiaan kali ini bertugas mengagihkan bakul makanan kepada mangsa banjir yang terlibat di rumah masing-masing.
En Bharu bin Bakar @ Abu Bakar selaku Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang berkata tindakan pantas dan keperihatinan pihak NGO kali ini dalam menyampaikan bantuan kepada masyarakat yang terkesan akibat banjir kilat ini amatlah dihargai dan ianya patut menjadi contoh kepada persatuan-persatuan belia dan sukan yang lain dalam melaksanakan aktiviti kesukarelaan dan misi kemanusiaan.
Disediakan oleh : Urusetia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
- JBS Kelantan
- Hits: 862
