BACHOK, 24 FEBRUARI 2020 – Berkonsepkan “Ruang Pejabat Ceria, Gerak Kerja Pun Selesa”, Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok mengambil tindakan pro-aktif untuk menceriakan ruangan pejabat bagi meningkatkan keselesaan dalam melaksanakan tugas harian.
Seiring dengan nasihat daripada Puan Laila Nazura Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam menjaga kebersihan pejabat, gotong-royong membersihkan ruangan pejabat ini dilakukan selama beberapa hari demi memperlihatkan sedikit kelainan seperti sebelum ini. Antara aktiviti yang dilakukan ialah menyelenggara papan putih, skrin layar, mencuci langsir dan membersih tandas. Turut diwujudkan Sudut Apresiasi yang bertujuan untuk meletak plak atau sijil penghargaan daripada mana-mana pihak di atas penglibatan PBSD Bachok.
En. Mohd Hafizi Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok berharap agar semua kakitangan dibawah seliaannya berasa selesa dengan ruangan pejabat yang berwajah baru ini. Secara tidak langsung turut memberi keselesaan kepada agensi atau NGO’s yang datang berkunjung ke pejabat ini.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 822




