- JBS Kelantan
- Hits: 575
WAKIL DARI KUALA KRAI BERENTAP UNTUK ANUGERAH BELIA PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI KELANTAN

KUALA KRAI, 24 OGOS 2020 – Bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah berlangsung sesi penilaian Anugerah Belia Perdana Belia Negara(APBN) Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2020 yang mengumpulkan belia dan persatuan belia dari seluruh negeri Kelantan. Sesi penilaian ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada individu dan persatuan yang terlibat dalam pembangunan persatuan belia secara khusus dan negeri Kelantan amnya.
Saudara Mohd Syafiq Mohamad Fadeli dan Mohd Fauzi Hashim telah tercalon untuk mewakili daerah Kuala Krai ke peringkat negeri. Saudara Mohd Syafiq Mohamad Fadeli berkata, beliau bersyukur kerana tercalon bagi katagori individu. Saya berkecimpung dalam dunia persatuan sejak berumur 16 tahun dan sekarang masih lagi bergiat aktif walaupun sudah berkerjaya. Dunia belia banyak mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Bergaul dan berkawan dengan pelbagai lapisan masyarakat membuatkan saya lebih menghargai kehidupan. Saya berterima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai kerana telah mencalonkan saya ke peringkat negeri.
Sementara itu, Encik Wan Mohd Erffan Wan Mohd Nasir selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai berharap agar lebih ramai belia seperti saudara Syafiq Fadeli dapat dilahirkan untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan belia di masa hadapan.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 575


