PASIR PUTEH, 9 September 2020 – Seramai 5 orang belia daripada Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh yang terdiri daripada Saudara Mohd Firdaus bin Mohd Zamri, YDP Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh dan 4 orang AJK telah telah menghadirkan diri ke Program Sesi Maklum Balas Rakyat Berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021 – 2025 “Berfikir Perpaduan Bersama Rakyat” yang telah dilaksanakan pada 30 Ogos 2020 yang lalu di Tok Aman Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Turut dijemput dan hadir ke program ini ialah En Amreezal bin Abdul Kadir dan Puan EmI Zurina daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Program anjuran Pejabat Perpaduan Negara dan Itegrasi Nasional Daerah Pasir Puteh ini bertujuan untuk memberi penerangan dan mendapatkan maklum balas rakyat berhubung draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025. “YDP Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh berkata program ini amat bagus kerana mendengar pandangan daripada bawah untuk dibawa ke atas (down to bottom).
Program telah disempurakan oleh Pengerusi KADA Negeri Kelantan Datuk Kamarudin b Md. Noor dan turut dihadiri oleh YB ADUN Semerak, YB ADUN Gaal dan Ketua Jabatan di peringkat Negeri dan Persekutuan serta peringkat komuniti akar umbi
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 477




