PASIR PUTEH, 7 JULAI 2020 – Seramai 15 Orang Kena Pengawasan (OKP) Pasir Puteh telah menyertai Program OKP bersama JKKP pada 16 Jun 2020 lalu di Plaza MARA Daerah Pasir Puteh.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh Encik Amreezal bin Abdul Kadir telah dijemput memberi ceramah ‘Peranan Belia Dalam Membantu Jati Diri OKP’ dan memberi dorongan kepada OKP untuk berhubung dengan masyarakat luar dan dapat menyertai program-program yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan mahupun NGO di sekitar daerah Pasir Puteh.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 580
