
MACHANG, 11 MAC 2020 – Seramai 100 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 4 telah mengikuti Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang disampaikan oleh Mentor ARPRM En. Kamaruzaman Bin Yusof. Taklimat ini bertujuan untuk memperkenalan ARPRM di kalangan pelajar dan hasrat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang mempertingkatkan jumlah penerima Tahap Gangsa, Perak dan Emas.
Pn. Azma Binti Yahya; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang juga turut hadir dalam taklimat dan mengucapkan penghargaan kepada pihak sekolah yang memberikan kerjasama sepenuhnya bagi perlaksanaan aktiviti ARPRM di sekolah.
Disamping itu, En. Kamarul Husni Bin Kamaruddin; Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret amat mengalu-alukan segala bentuk kerjasama daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang bagi pembangunan modal insan pelajar-pelajar. Jesteru dengan adanya ARPRM dapat meningkatkan lagi keaktifan kegiatan di kalangan pelajar.
Disediakan oleh : Muhammad Fadzly Bin Ramli, Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 783
