TUMPAT, 17 MAC 2020 – Aktiviti riadah terutama berbasikal sudah menjadi kelaziman masyarakat terutama di daerah Tumpat. Kelab-kelab berbasikal muncul bagaikan cendawan selepas hujan dan boleh dikatakan setiap kelab mempunyai jadual kayuhan bersama-sama ahli setiap hari atau setiap hujung minggu. Tidak mustahil akan lahir pelapis atlit berbasikal dari kalangan ahli-ahli kelab yang terdiri dari golongan muda sekiranya diberikan peluang dan bakat mereka digilap sepenuhnya.
Kelab Berbasikal Lasak Padang Rokma dan Kelab Berbasikal Masjid Wakaf Bharu antara kelab yang aktif berbasikal dan sering menyertai pertandingan berbasikal amatur bukan sahaja di Kelantan malah di luar Kelantan. Semoga aktiviti sukan terutamanya aktiviti berbasikal ini terus menarik minat masyarakat dan mencapai matlamat menjadikan Malaysia Negara Bersukan.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 693

