- JBS Kelantan
- Hits: 760
PROGRAM RAKAN MUDA TADARUS VIRTUAL PERINGKAT NEGERI KELANTAN DI AKHIRI DENGAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
- JBS Kelantan
- Hits: 760
PASIR MAS, 17 MAC 2020 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, En Mohd Azmi bin Mohd Yusoff telah bertukar ke Pejabat belia dan Sukan Daerah tumpat pada 5 Mac lalu setelah menabur bakti untuk pembangunan belia di daerah Pasir Mas selama lebih lima tahun.
Sepanjang beliau bertugas di daerah ini, banyak pemimpin belia telah di lahirkan dan antaranya telah memenangi Anugerah Perdana Belia Negara sejak tahun 2018 seperti Penerima Anugerah Perdana Belia Negara (Individu Wanita) Naib Johan (Individu Lelaki) pada 2019 serta Naib Johan bagi kategori Pertubuhan Belia pada 2018.
Beliau juga amat berharap agar sebagai penjawat awam, kita perlu menjalankan amanah yang diberi untuk membangunkan persatuan, kelab serta golongan belia di peringkat akar umbi.
Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas
KELANTAN, 17 MAC 2020 - Telah diadakan Majlis Perpisahan bagi pertukaran Pembantu Tadbir dari Bahagian Pentadbiran, JBSN Kelantan iaitu En Muhammad Khairul Izwan bin Mat Rahim dan Noor Aminahton binti Che Ahmad pada 12 Mac 2020 yang lalu bertempat di Restoren Nasi Ulam Cikgu, Pengkalan Chepa.
Encik Muhammad Khairul Izwan dan Puan Noor Aminathon akan bertukar ke Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Semoga kedua-duanya akan dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan dapat menimba pengalaman kerja yang baru.
Disediakan oleh: Puan Farah Syamimi binti Mohamad Shamsuddin, Urusetia Portal Bahagian Pentadbiran, JBSN Kelantan
PASIR MAS, 17 MAC 2020- Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Puan Nazatul Asma binti Ariffin telah menghadiri Konvensyen Pemberdayaan Belia Mencegah Ekstremisme Peringkat Zon Timur pada akhir Februari lalu yang bertempat di Auditorium INOS, Universiti Malaysia Terengganu.
Rumusan dari Konvensyen tersebut adalah penggunaan media sosial secara meluas oleh Daesh telah membuka ruang kepada pelbagai pemain dalam penyebaran propaganda meraka. Penggunaan internet untuk melaksanaan pelbagai aktiviti keganasan telah merumitkan usaha menangani penyebaran ideologi dan fahaman Daesh.
Pelbagai lapisan masyarakat termasuk, ibu bapa, guru-guru, pihak berkuasa, sektor awam, dan juga sektor swasta perlu memberi kerjasama dalam menangani ancaman Daesh. Oleh itu, kepentingan untuk mempertingkatan kemahiran dan mempraktikkan pemikiran kritikal dalam membendung fahaman ini di kalangan belia.
Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas
PASIR MAS, 17 MAC 2020 – Pusat Ternakan Kelulut yang di usahakan oleh Mohd Norhisham bin Muhammad di Pasir Tumboh Kelantan telah dikunjungi oleh Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dr Zainah binti Sharif sempena Lawatan Kerja ke Negeri Kelantan.
Usahawan ini turut mendapat bimbingan dan menyertai pelbagai kursus anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah Perak. Beliau juga merupakan usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Usaha beliau sejak 2013 telah membuahkan hasil apabila projek ternakan kelulut yang diusahakannya di kawasan rumah mampu memberi pendapatan lumayan kepada beliau. Di samping itu, beliau turut mengeluarkan produk berasaskan kelulut serta sabun dan krim.
Hadir sama semasa sesi lawatan adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Puan Laila Nazura binti Nawi.
Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas
Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919
Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan
Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44