
KUALA KRAI, 10 FEBRUARI 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai telah menerima kunjungan hormat daripada Ahli Parlimen Belia Kuala Krai pada 29 Januari 2020 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.
Menurut Saudara Muhammad Aiman Bin Saipullah, kunjungan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai adalah bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama di antara pihak pejabat dan Ahli Parlimen Belia dalam memartabatkan golongan belia di sekitar daerah Kuala Krai. Pada pertemuan tersebut pelbagai perkara telah dibincangkan secara bersama melibatkan program-program pembangunan belia khususnya di daerah kuala krai.
Kedatangan saudara Muhammad Aiman Bin Saipullah telah disambut oleh Encik Noorazihan bin Jusoh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.
Disediakan Oleh: Nurul Syifa Binti Mohd Husni, Urusetia Berita Portal PBSD Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 619


