KELANTAN, 10 MAC 2020 – Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Sesi Perkongsian Dasar Belia Malaysia oleh YBrs. Dr. Zainah Binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia Dan Sukan Negara bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan pada 5 Mac 2020 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan.
Program ini diadakan bagi mengingatkan kembali jalan dan tujuan setiap program yang dianjurkan di peringkat akar umbi kepada pegawai dan kakitangan JBSNK. Program ini telah dihadiri oleh 75 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dan Pejabat Belia Dan Sukan daerah dari seluruh Negeri Kelantan.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Laila Nazura Binti Nawi, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan sebelum YBrs. Dr. Zainah Binti Shariff memulakan sesi perkongsian Dasar Belia Malaysia.
Disediakan oleh: Muhammad Norfikri Bin Norzaki, Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 1287

