
PASIR PUTEH, 30 SEPTEMBER 2020 – Kira-kira 50 orang belia berkumpul di JP Futsal, Kg Padang Pak Amat untuk memeriahkan Kejohanan Futsal Muhibbah anjuran Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Sri Aman pada 25 September yang lalu.
Kejohanan ini diadakan untuk meraikan anak-anak muda yang telah lama “terkurung” akibat penularan wabak pandemic COVID19. “Kita terikat dengan SOP bagi penganjuran acara sukan yang membenarkan maksimum 8 pasukan untuk sebarang penganjuran, kerana itu kita tidak dapat menganjurkan kejohanan secara besar-besaran.” Firdaus Zamri, YDP Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hafiz bin Ismail Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 526




