
TANAH MERAH, 1 OKTOBER 2020 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kelantan bekerjasama menganjurkan Program Komuniti Sejahtera (Kolaborasi Antara Jabatan Negeri Kelantan) bertempat di Plaza IMT-GT Bukit Bunga, Tanah Merah pada 30 September 2020 yang lalu.
Antara aktiviti yang dilaksanakan pada program tersebut termasuklah senamrobik, pameran dan ceramah antidadah, pemeriksaan kesihatan, sembang santai dan juga ceramah kerohanian. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dan Jeli telah diamanahkan untuk menjayakan slot senamrobik kepada kira-kira 100 peserta yang hadir.
Turut hadir sama-sama bersenamrobik pada semalam adalah Puan Rahayu binti Ahmad, Pengarah AADK Negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 807





