
PASIR MAS, 8 OKTOBER 2020 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, En Wan Abd Rahman bin Hj Wan Ismail bersama dua Pembantu Belia dan Sukan telah mendaki Bukit Panau, Tanah Merah pada Jumaat lalu.
Idea untuk mendaki Bukit Panau ini diilhamkan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, pada 1 Oktober lalu bagi menyambut seruan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia agar kita mengamalkan gaya hidup aktif dan melahirkan masyarakat berbudaya sukan. Kebetulan Bulan Oktober merupakan Bulan Sukan Negara yang disambut setiap tahun.
Perjalanan mendaki puncak Bukit Panau mengambil masa kira-kira 45 minit. Pn Syuhaidah binti Abd Hamid berkata “inilah pengalaman pertama saya mendaki Bukit Panau tak sangka saya dapat sampai ke puncak walaupun mengambil masa yang agak lama kira-kira 90 minit”.
Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 887






