
MACHANG, 20 DISEMBER 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemunchup telah menganjurkan Hari Kesukarelawanan Malaysia pada 19 Disember 2020 bertempat di Gelanggang Seni Kampung Kemunchup, Machang. Aktiviti utama program adalah bantuan kemanusian iaitu memberikan sumbangan ‘Humantarian Aid’ kepada 50 buah rumah yang terdiri daripada golongan asnaf dan orang kurang upaya. ‘Humantarian Aid’ iaitu bekalan makanan asas, pelitup muka dan bahan sanitasi.
Malis perasmian ini disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Hj Hassan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains Dan Inovasi Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Temangan. Turut hadir pemimpin tempatan En. Mohd Nordin Bin Ab Rahman; Penghulu Kg. Kemunchup / Pengerusi Mpkk dan En. Mohd Nawai Bin Shayal Pengerusi KRT Mukim Kemunchup.
YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Hj Hassan menzahirkan ucapan setinggi tahniah kepada Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemunchup di dalam mengerakan pembangunan belia khususnya di Machang. Beliau juga akan memberikan bantuan peruntukan untuk membina bilik gerakan, membaikpulih bangsal wayang kulit dan gelanggang silat sebagai salah satu pusat belia dun Temangan dalam membangunkan warisan budaya seterusnya merancakkan sosio-ekonomi setempat.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 714






