- JBS Kelantan
- Hits: 454
MESYUARAT JTPD MACHANG

MACHANG, 14 DISEMBER 2020 – Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Machang merupakan mesyuarat yang bertujuan untuk menyelaras, merancang, memantau segala program projek pembangunan, infrastuktur, pembangunan modal insan serta isu dan permasalahan di jajahan Machang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Jajahan Machang; YABrsTn. Haji Hazmi Bin Abdul Majid dan disertai oleh kesemua ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan di jajahan Machang.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, Pn. Azma binti Yahya juga hadir dalam mesyuarat ini. Dengan adanya mesyuarat dapat dijadikan platform untuk pegawai menghebahkan program belia dan sukan dan menyampaikan keinginan belia kepada ketua-ketua jabatan.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 454






