- JBS Kelantan
- Hits: 949
PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI RAKAN MUDA SANTUNI YAYASAN ORANG KURANG UPAYA (YOKUK)

KELANTAN, 28 JANUARI 2021 – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) bersama Kelab Aerobik Panji (KAP) telah merealisasikan Program Khidmat Komuniti Rakan Muda KAP apabila mengunjungi Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) dan menyantuni beberapa orang kurang upaya (OKU) yang dijemput khusus pada 12 Januari 2021 yang lalu.
Lawatan tersebut telah diketuai oleh Puan Naziah binti Dollah, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) bersama 30 orang sukarelawan Kelab Aerobik Panji.
Rombongan telah diberi taklimat oleh Pengurus Besar Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) dan majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK). Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK). Diharapkan semoga program ini akan mencetuskan lebih banyak aktiviti kesukarelawan di kalangan rakan muda khasnya yang prihatin dan berjiwa besar.
Disediakan oleh: Syed Abdul Aziz bin Engku chik Abdullah, Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Kelantan
- Hits: 949







