
PASIR MAS, 30 NOVEMBER 2020 - Sembilan sukarelawan belia dari Skuad Cakno Belia Pak Hussin telah melaksanakan Program Khidmat Komuniti Gotong royong dan mengecat Taska Little Hana cawangan Tendong, Pasir Mas pada 21 November lalu.
Kumpulan sukarelawan tersebut telah mengambil inisiatif membantu Pn. Nor Adhana binti Mohamed yang merupakan usahawan taska tersebut. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada skuad sukarelawan yang membantu beliau. Secara tidak langsung ianya dapat memupuk sikap tolong-menolong sesama kita.
Pn Nor Adhana turut berkata, “beliau bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh adik-adik belia Pak Hussin yang sanggup bertungkus lumus sepanjang hari walaupun hujan lebat sepanjang hari”
Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal Pbsd Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 598






