KELANTAN, 26 JULAI 2021 – Tahniah kepada Kelab Belia Sepakat Lubok Bongor, Jeli kerana berjaya menganjurkan program Rakan Muda Klik Peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan baru-baru ini. Program ini yang berbentuk pertandingan kuiz secara online bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan generasi muda bagi mentraformasikan nilai-nilai demokrasi, memberi pendidikan terhadapa semangat kenegaraan, patriotik, nilai-nilai politik dan tadbir urus negara dikalangan generasi muda. Penganjuran program ini mendapat penyertaan yang menggalakkan iaitu seramai 64 orang peserta daripada seluruh daerah Negeri Kelantan dan program ini dirasmikan oleh YABrs Puan Laila Nazura Binti Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.Mohd Firdaus Ibrahim, Pengerusi Kelab Belia Sepakat Lubok Bongor berkata di dalam ucapan beliau bahawa pihak Kelab amat berasa bangga dan mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli yang memberi kepercayaan kepada Kelab untuk menganjurkan program ini.Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 420
