PASIR PUTEH, 8 DISEMBER 2021 - Permainan badminton dan sepaktakraw merupakan sukan di peringkat antarabangsa dan masih kekal sebagai sukan pilihan di kalangan para belia. Bagi sukan badminton perlawanan diadakan secara beregu dan perseorangan. Pemain juga perlu mengetahui peraturan permainan, sistem mata, selang dan pertukaran gelanggang, ukuran gelanggang dan cara serta teknik bermain.Sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang mempunyai tiga orang pemain bagi setiap regu. Bola takraw pada asalnya diperbuat daripada rotan kemudian telah digantikan dengan bola sintetik. Peraturan dan undang-undang permainan adalah berdasarkan bilangan pemain, sistem kiraan mata dan memulakan permainan.Dalam permainan ini terdapat beberapa skil dan teknik asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Antara teknik yang digunakan ialah teknik sepakan, tandukan, servis, kawalan, hantaran atau umpanan, rejaman dan hadangan.Pertandingan badminton dan sepaktakraw telah menjadi sebahagian daripada acara sempena Hari Sukan Negara pada bulan Oktober yang lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya daripada belia-belia di kampung. Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 689
