PASIR MAS, 6 DISEMBER 2021- Bermula 5 Disember 2021 setiap tahun, para belia Malaysia akan menyambut Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) sempena Sambutan Hari Kesukarelawan Antarabangsa atau International Volunteer Day (IVD) yang disambut secara serentak seluruh negara. HKBM diadakan untuk memberi kesedaran dan menggalakkan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam program kesukarelawanan dan kemasyarakatan. Sebahagian Bekas Sukarelawan MYVAC yang bertugas di daerah Pasir Mas turut merakamkan ucapan sempena Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia pada 5 Disember semalam. Mereka disifatkan berhati emas kerana sanggup menyumbangkan masa dan tenaga sepanjang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Apam Putra Pasir Mas sejak Julai lalu. Disediakan Oleh: Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal Pbsd Pasir Mas
KELANTAN, 6 DISEMBER 2021 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Tahun 2021 kepada belia-belia khususnya belia-belia di Negeri Kelantan.Pada 5 Disember setiap tahun, para belia Malaysia akan menyambut Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (Hkbm) sempena Sambutan Hari Kesukarelawan Antarabangsa atau International Volunteer Day (IVD) yang disambut secara serentak seluruh negara. HKBM diadakan untuk memberi kesedaran dan menggalakkan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam program kesukarelawanan dan kemasyarakatan.“Sungguhpun kecil sumbangan yang kita berikan, ia mungkin memberi makna yang besar kepada penerima atau komuniti” Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
PASIR MAS, 6 DISEMBER 2021- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dengan kerjasama bersama Cecabik Gamers telah menganjurkan webinar “HOW TO BECOME A PROFFESIONAL GAMERS” bersempena Sambutan Hari Sukan Negara yang lalu.Webinar ini telah disiarkan secara langsung di Facebook Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dan Facebook Cecabik Gamers. Mohd Amirunnabil bin Ibrahim merupakan pemilik Cecabik Gamers telah dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau menjadi ‘profesional gamers dan mampu menjana pendapatan sampingan buat beliau.Melalui webinar ini secara tidak langsung ianya memberi pendedahan tentang bidang E-sport kepada masyarakat dan golongan belia.Amirunnabil turut memberi cadangan supaya ibu bapa lebih peka dengan aktiviti anak-anak mereka dengan mengawasi masa anak mereka supaya permainan secara atas talian ini tidak akan menjejaskan pelajaran anak mereka. Beliau juga menyeru supaya golongan belia ini menggunakan platform “Gaming” ini sebaik mungkin. Disediakan Oleh: Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal Pbsd Pasir Mas
KELANTAN, 6 DISEMBER 2021 – Syabas dan tahniah kepada Mohammad Saiful Riduan bin Yusof, atlet Para Powerlifting Negeri Kelantan yang sedang menyertai Kejohanan Asian Youth Para Games Bahrain 2021 telah berjaya menggengam pingat Perak bagi Kategori 54kg dengan angkatan tertinggi seberat 70kg. Beliau sebelum ini telah menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan bagi menampung perbelanjaan ke kejohanan tersebut serta sebagai motivasi dan pembakar semangat. Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
KELANTAN, 6 DISEMBER 2021 – Ahmad Syahmim bin Mohd Kadri merupakan Atlet Para Powerlifting Negeri Kelantan yang sedang menyertai Kejohanan Asian Youth Para Games Bahrain 2021 telah berjaya menggengam pingat gangsa bagi Kategori 49kg dengan angkatan tertinggi seberat 102kg. Beliau sebelum ini telah menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan bagi menampung perbelanjaan ke kejohanan tersebut serta sebagai motivasi dan pembakar semangat. Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
JELI, 6 DISEMBER 2021 – Program Rakan Muda Day Out Peringkat Negeri Kelantan Sempena Sambutan Hari Kesukarelawan Belia Malaysia (HKBM) dan Hari Kesukarelawan Antarabangsa (IVD) telah diadakan pada 5 Disember 2021, bertempat di Padang Awam Kampung Lubuk Bongor Jeli.Program ini dilaksanakan oleh Kelab Belia Lubuk Bongor dan Persatuan Belia Semangat Muda Bukit Jering. Seramai 50 orang rakan muda telah menghadiri program ini. Turur hadir Siti Nurnajwa Che Kar wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Siti Azura Abdullah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli , Norazalam Kassim Penghulu Kampung Lubok Bongor dan Mohd Firdaus Ibrahim Pengerusi Kelab Belia Lubuk Bongor dan Kelab Belia Semangat Muda Bukit Jering serrta pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
JELI, 2 DISEMBER 2021 – Daerah Jeli sekali lagi diberi mandat oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan untuk menganjurkan Program Rakan Muda Day Out Sempena Sambutan Hari Kesukarelawan Belia Malaysia (HKBM) dan Hari Kesukarelawan Antarabangsa (IVD). Program ini dijadualkan akan dilaksanakan serentak seluruh dunia pada 5 Disember 2021, bertempat di Padang Awam Kampung Lubuk Bongor Jeli.Program ini akan dilaksanakan oleh Kelab Belia Lubuk Bongor dan Persatuan Belia Semangat Muda Bukit Jering. Bagi melancarkan program satu perbincangan diadakan antara Mohd Firdaus Ibrahim, Pengerusi Kelab Belia Lubuk Bongor dan Siti Azura Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, Nur Fadhlira Dungun, Penolong Pegawai Belia dan Sukan bagi melancarkan perjalanan program tersebut Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
PASIR MAS, 1 DISEMBER 2021- Wakil Pejabat Belia dan Sukan daerah Pasir Mas, Pn. Nazatul Asma Ariffin telah hadir di Bengkel Post Mortem Bagi Kursus Pemimpin ARPRM Siri 1 Dan 2 Peringkat Negeri Kelantan Bagi Tahun 2021 pada 22 November 2021 (Isnin) bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Bengkel tersebut telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah rakan Muda, Pn. Nurul Asmad Che Harun.Objektif bengkel Post mortem tersebut di adakan adalah untuk berbincang dan juga menjana idea di sessi ‘brainstorming’ yang turut dihadiri oleh semua Pegawai Belia Dan Sukan Daerah serta wakil. Idea tersebut akan di kumpul dan diserahkan kepada pihak pengurusan untuk memantapkan lagi program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di negeri Kelantan.Program yang mendapat pengikhtirafan peringkat antarabangsa perlu di laksanakan secara inklusif di peringkat sekolah dan juga IPT. “Kami berharap agar program ini di perluaskan lagi di semua sekolah di negeri Kelantan, melalui kerjasama strategic antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan juga Pejabat Pendidikan Negeri Kelantan kerana program ini telah mendapat pengikhtiraran dari 140 negara di dunia. Kita ingin melahirkan belia yang hebat di dalam sistem pendidikan dan juga peradaban dengan nilai-nilai yang harmoni” Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas
PASIR MAS, 1 DISEMBER 2021- Nor Azlin Mat Nor, sukarelawan belia yang banyak terlibat di dalah kerja-kerja kesukarelaan dari Pasir Mas telah di nobatkan sebagai Johan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan bagi kategori Pemimpin Belia Wanita bagi Tahun 2021 di Dewan Bunga Emas. Hotel Perdana, Kota Bharu baru-baru ini.Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2021 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Hj. Ahmad bin Yakob. Turut hadir ialah YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Zuraidin Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan dan YBhg Dato' Hj. Norazman bin Abd. Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan).“Terima kasih pada semua yang jadi tulang belakang dan watak watak penting dalam kisah perjalanan kejayaan ini terutamanya, Hafiz Jamal, Mohd Azrie Mat Nor , semua Penolong Pemimpin, adik adik Pasukan Pengakap Kelana B Blackflurry. Terima kasih Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Mas , Majlis Belia Negeri Kelantan Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, Pengakap Malaysia Persekutuan Pengakap Negeri Kelantan, Persekutuan Pengakap Daerah Pasir Mas Kelantan atas bimbingan, dan peluang yang diberi. Terima kasih utk pengalaman dan tunjuk ajar yang diberi”, ujar beliau sejurus menerima anugerah tersebut.Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas