- JBS Kelantan
- Hits: 671
PESERTA RAKAN MUDA BERGANDING BAHU DALAM PROGRAM RAKAN MUDA DAY OUT DAERAH PASIR PUTEH

PASIR PUTEH, 1 APRIL 2021 - Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Pasir Puteh anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dan Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh telah diadakan pada 27 Mac 2021 bertempat di Surau Ahmadiah Kampung Guntong, Wakaf Lanas. Program ini telah disertai oleh seramai 40 orang yang terdiri daripada 21 orang peserta dan 19 orang masyarakat kampung.
Program dimulai dengan taklimat dan pembahagian kumpulan kepada para peserta. Pengisian aktiviti program ini ialah gotong-royong mengecat wakaf dan membersih surau serta agihan barangan keperluan dapur kepada asnaf.
“Tahniah dan terima kasih kepada penduduk Kampung Wakaf Lanas kerana terpilih diadakan program.” Program ini telah disempurnakan oleh Encik Noor Azam bin Che Kob, Penggawa Daerah Padang Pak Amat.dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 671






