KELANTAN, 26 JANUARI 2022 - Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Bahagian Pembangunan Belia Bil 1 Tahun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 12 Januari 2022 jam 2.30 petang yang dipengerusikan oleh En Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Dalam Mesyuarat tersebut, En Hazri Nizam memberi penghargaan kepada Puan Naziah binti Dollah yang telah berpindah ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu. Mesyuarat telah menetapkan Pegawai bagi setiap unit adalah tidak berubah seperti tahun 2021 yang lalu.Setiap Unit telah membentangkan laporan dan perancangan aktiviti di setiap unit masing-masing. Program dari bahagian pembangunan belia yang terakhir pada tahun 2021 ialah Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan yang telah berlangsung pada13 Disember 2021. Pengerusi berharap pada tahun 2022 ini, prestasi dapat dikekalkan supaya setiap program yang dilaksanakan akan menberi impak kepada pembangunan belia.Disediakan oleh Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Belia,Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
- JBS Kelantan
- Hits: 515
