TUMPAT, 14 FEBRUARI 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Coza Fc penuh bersemangat memupuk dan melahirkan sukarelawan dari semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda dengan penganjuran Program Rakan Muda Peringkat Daerah Tumpat 2021 pada 28 Januari 2022 bertempat di Surau Che Ismail, Kampung Periuk, Cabang Empat Tumpat, Tumpat, Kelantan. Penglibatan seramai 35 orang peserta dari golongan belia dan pelbagai peringkat umur untuk saling bekerjasama dalam membantu golongan yang memerlukan. Program ini dihadiri oleh Datuk Hj. Zulkifli bin Abdullah, Ketua Umno Bahagian Tumpat.
Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang kerana ia dapat menzahirkan rasa prihatin dan tanggungjawab golongan muda kepada sosial dan alam sekitar.
Disediakan oleh Urusetia Portal Pejabat Belia & Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 413

