PASIR PUTEH, 9 FEBRUARI 2022 – Pada 6 Februari 2022 telah berlangsungnya sesi Kunjung Hormat YDP Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Pasir Puteh bagi sesi 2022/2023 iaitu Saudara Aizat Zahir kepada En. Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah selaku Pengawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bertempat di D Santai Café Pasir Puteh. Di pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh juga turut hadir bersama adalah En. Mohd Jurik bin Ismail dan Puan Wan Roslinda bt Wan Ibrahim. Manakala di pihak ABIM turut hadir bersama Exco Penerangan iaitu Saudara Muhd Asyraaf, Exco Perhubungan iaitu Saudari Siti Nor Aisyah, dan Exco Pembangunan Sosial iaitu Saudari Norsalwani. Kunjung hormat ini diadakan bagi memberi pengenalan tentang pimpinan baharu Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) Cawangan Pasir Puteh bagi sesi 2022/2023. Moga sesi pertemuan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
KELANTAN, 7 FEBRUARI 2022 - Tahun Baru Cina 2022 merupakan tahun harimau dimana simbolik kepada sifat berani, berdaya saing dan berkeyakinan, namun tindakan sukar diduga. Pada 28 Januari 2022 lalu, pengguna dan pengunjung yang beriadah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan berpeluang menyaksikan persembahan tarian singa yang diadakan di Dewan Terbuka Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Tarian singa ini dipersembahkan oleh sekumpulan anak muda yang di kendalikan oleh Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Xiang Long Kelantan. Puan Laila Nazura binti Nawi , Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut hadir dan meluangkan masa menyaksikan persembahan tersebut.Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 7 FEBRUARI 2022 - Satu perjumpaan telah di adakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan melibatkan Pengurusan JBSNK, KOMBES dan Pejabat RELA Daerah Kota Bharu pada 31 Januari 2022, jam 3.00 petang.Seramai 12 anggota RELA akan terlibat bagi mengawal keselamatan di seluruh Kawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan bermula 1 Februari 2022.Sepanjang sesi tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk skop dan prosedur keselamatan bagi memastikan penyelarasan dan pelaksanaan kerja oleh anggota RELA dapat dilaksanakan dengan lancar memandangkan ia merupakan kali pertama perkhidmatan kawalan keselamatan di KOMBES Kelantan menggunakan khidmat anggota RELA.Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Encik Hazri Nizam b Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Keselamatan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan turut hadir Encik Che Hussain bin Mamat, Pegawai Rela Daerah Kota Bharu.Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 7 FEBRUARI 2022 - Pada 1 Februari 2022, jam 12.01 pagi satu Majlis Penyerahan Tugas antara Syarikat Keselamatan Seven Force Sdn Bhd dengan Jabatan RELA Negeri Kelantan telah di adakan di hadapan pondok pengawal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.Seramai 12 anggota RELA telah dilantik bagi mengawal keselamatan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan khususnya. Pihak KOMBES Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama erat yang telah diberikan oleh pengawal keselamatan di bawah Syarikat Seven Force Sdn Bhd sepanjang bertugas bermula tahun 2020.Majlis penyerahan tersebut dihadiri oleh Puan Azma binti Yahya, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Encik Janda Anak Pioh selaku Setiausaha Keselamatan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 7 FEBRUARI 2022 - Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan secara rasminya telah ditutup sebagai Pusat Kawalan Berisiko Rendah Covid-19 bermula 1 Februari 2022. Dewan tersebut mula beroperasi sebagai PKRC Panji bermula pada bulan 23 April 2021 dan telah menempatkan seramai 16,968 orang pesakit Covid-19 Berisiko Rendah . Pekerja-pekerja dari Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan kini sedang membawa keluar peralatan yang digunakan seperti katil, tilam dan bantal dari Dewan tersebut. Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 6 FEBRUARI 2022 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Persatuan Senamrobik Komuniti (KESKOM) telah menganjurkan Program Jom Derma Darah @KBS Peringkat Negeri Kelantan pada 29 dan 30 Januari 2022 di Aeon Mall, Kota Bharu.Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah berjaya mengumpul sebanyak 98 beg darah bagi membantu menambah jumlah tabung darah hospital.YABrs Puan Laila Nazura Bin Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Dr. Norzilawati Binti Mohd Ghazali, Timbalan Pengarah Perubatan III Hopsital Raja Perempuan Zainab II hadir ke program untuk menyantuni penderma-penderma darah dan petugas-petugas pada hari pertama program berlangsung. Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
TANAH MERAH, 31 JANUARI 2022 – Satu majlis meraikan persaraan seorang tokoh ARPRM SMK Alor Pasir, En. Mohd Sabri bin Che Man telah diadakan pada 26 Januari 2022 yang lalu bertempat di SMK Alor Pasir, Tanah Merah. Beliau yang juga merupakan guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Alor Pasir mula menjawat jawatan ini bermula 1 September 2016 sehingga ke tarikh persaraan beliau iaitu 31 Januari 2022. SMK Alor Pasir merupakan salah sebuah sekolah di daerah ini yang aktif dengan penglibatan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Setiap aktiviti dan program bagi melengkapkan komponen setiap tahap mendapat sokongan baik daripada pihak sekolah. Berkat pimpinan daripada Mentor ARPRM sekolah tersebut, Puan Hayati binti Ibrahim serta sokongan daripada Cikgu Sabri, para peserta mendapat pendedahan dengan pelbagai program yang dirangka untuk peserta-peserta ARPRM SMK Alor Pasir. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama erat yang telah diberikan selama ini. dan juga selamat bersara, Cikgu! Semoga terus diberikan kesihatan yang baik, berbahagia bersama keluarga tercinta dan sukses dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini. Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
KUALA KRAI, 31 JANUARI 2022 –Bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai telah berlangsung Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah(MTMD) Peringkat Daerah Kuala Krai 2022. Mesyuarat yang berlangsung hampir tiga(3) jam telah dipengerusikan oleh Y.M. Haji Tengku Ab Rahman Tuan Yunus, Ketua Jajahan Kuala Krai yang juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah(MTMD) Peringkat Daerah Kuala Krai. Mesyuarat kali ini telah membincangkan pelbagai isu dan permasalahan terutamanya keterlibatan belia dalam aktiviti penagihan dadah. Beliau berkata, walaupun di Daerah Kuala Krai kadar penyalahgunaan dadah dikalangan belia masih terkawal namun statistik yang diunjurkan oleh AADK Kuala Krai menunjukkan tren kenaikan tahun demi tahun. Sementara itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai bersama-sama agensi yang lain turut dikerah dan bersama-sama mengembeling tenaga dalam menurunkan kadar penyalahgunaan dadah terutamanya dikalangan belia kerana belia adalah tunjang kepada pembanugan negara, katanya lagi. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1.30 tengahari. Disediakan Oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
KUALA KRAI, 31 JANUARI 2022 –Bertempat di Kampung Pemberian, Kuala Krai telah berlangsung dengan jayanya Perasmian Jambatan Kampung Pemberian, Kuala Krai. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai bersama-sama Majlis Belia Jajahan Kuala Krai turut dijemput dalam majlis perasmian berkenaan. Saudara Mohamad Rizzal bin Abiden selaku Pengerusi Majlis Belia Jajahan Kuala Krai berkata, dengan perasmian Jambatan baharu ini maka perhubungan generasi belia di Kampung Pemberian ini akan menjadi lebih mudah. Dari sudut pandangan seorang aktivis belia, saya merasakan dengan terbinanya jambatan baharu ini maka segala perancangan pembangunan belia terutamanya disekitar kawasan ini akan menjadi lebih rancak. Kita juga mempunyai beberapa ahli di dalam MBJ Kuala Krai yang menetap disini dan mereka menzahirkan rasa sukacita kerana aktiviti belia yang selama ini tertangguh dapat dilaksanakan kembali. Sementara itu, Encik Wan Mohd Erffan Wan Mohd Nasir selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai berkata, Kelab dan Persatuan dari Kampung Pemberian akan kembali bernafas dengan siapnya Jambatan Pemberian ini. Aktiviti pemerkasaan pertubuhan belia akan terus diperkasakan dikawasan berkenaan. Disediakan Oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai