
KELANTAN, 23 FEBRUARI 2022 – Seramai 35 orang anak muda Negeri Kelantan turun padang bagi bersama-sama mencurah bakti bergotong-royong membersihkan dan mengecat Masjid Al-Makmur, Mukim Changgai, Gaal, Pasir Puteh pada 18 Februari 2022 (Jumaat) yang lalu sempena Program Rakan Muda Prihatin Negeri Kelantan Peringkat Daerah Pasir Puteh. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bersama Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh. Selain aktiviti gotong royong, program ini juga diisi dengan mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan.
Antara objektif program adalah untuk mewujudkan kesedaran, memupuk, menggalakkan dan melahirkan sukarelawan daripada semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda.YB Ustaz Mohd Rodzi bin Jaafar, ADUN Gaal hadir untuk merasmikan program berkenaan dan Puan Siti Nurnajwa binti Che Kar daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan hadir untuk memantau pelaksanaan program.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda,Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 287





