
BACHOK, 8 APRIL 2021 – “Alhamdulillah, sesi penilaian APBN semuanya berjalan dengan lancar. Saya telah mencuba dengan sebaik mungkin menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pihak panel, semoga ada rezeki kepada saya dan semua calon-calon yang hadir. Sama-samalah kita doakan yang terbaik, InsyaaAllah”, ujar Mohamad Nazrin Faiz Che Abdul Aziz, calon individu lelaki Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) yang mewakili daerah Bachok usai selesai sesi penilaian.
Encik Nazrin berkata, menjalankan tugas-tugas hakiki sebagai guru dimusim pandemik ini sangat mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi, namun bukanlah menjadi penghalang kepadanya untuk bergiat didalam dunia pembangunan belia. Beliau yang merupakan salah seorang alumni Ahli Parlimen Belia Malaysia sangat komited untuk menjalankan kegiatan-kegiatan pembangunan belia.
Sesi penilaian tersebut telah berlangsung pada 26 dan 27 Mac 2021 yang lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 440





