- JBS Kelantan
- Hits: 235
LAWATAN KE PPS TUMPAT
Mengikut statistik bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, sebanyak 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di daerah ini. Lawatan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Kelaboran dan Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah diadakan pada 31 Disember 2023 bagi meninjau kawasan yang terjejas untuk dilaksanakan program pasca bencana. PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah dibuka pada 27 Disember 2023 melibatkan 172 keluarga di 10 buah kampung manakala PPS di Sekolah Kebangsaan Kelaboran telah dibuka pada 28 Disember 2023 dengan melibatkan 67 keluarga di 11 buah kampung.
Turut hadir ke sesi lawatan tersebut ialah Encik Mohammad Shukeri bin Drahman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Pengurusan Sukarelawan Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Tumpat, Cik Wan Hasmalinda binti Wan Ishak, Pegawai Pembangunan Kesukarelawanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai di PBSD Tumpat.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 235
